Kafe minimalis yang super cantik ini, Cafe 1988 terletak di tengah-tengah bandar Muar, menawarkan kopi bru, home made kek, pencuci mulut dan pelbagai hidangan pasta, dan lain-lain

Tumpuan utama pada Cafe 1988 ialah pada konsep dekor yang minimalis. Satu konsep yang menarik dan perlu diambil kira jika ingin membuka kafe. Pasti ramai anak-anak muda yang suka bergambar. Ketika berada di dalam kafe pun nampak ramai yang bergambar di depan kafe pastinya untuk di share di instagram

Tujuan utama untuk review adalah mencuba kopi bru.

Melalui perbualan dengan barista, biji kopi yang digunakan adalah house blendbiji kopi yang dipanggang sendiri. Biji kopi adalah dari Indonesia dan India. Dipanggang dari medium ke dark (medium to dark roast). Dari gaya pemanggangan ini akan mengeluarkan sidikit minyak serta menguatkan lagi rasa kopi itu sendiri dan rasa asid yang kurang.

Admin order Americano, Hot Latte dan Iced Latte. Secara keseluruhannya, rasa kopi itu agak biasa dan admin pernah rasa yang lagi sedap. Ketika ini admin tidak order apa-apa makanan kerana ingin merasai kopinya sendiri. Hendak juga order kek tiramisu tetapi cashier mengatakan ada alcohol di dalam kek. 


🔖 Cafe 1988  (Facebook | InstagramWaze)
📍 146, Jalan Dato Haji Hassan, Taman Sri Maharani, 84000 Muar, Johor, Malaysia
☕ Wajib Order – Hot Latte, Iced Latte,
⏱️ 12PM – 10pm
📞 06-953 3579

 

 

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.