Sekali lagi ke Pontian untuk cari spot kedai makan. Tetapi kali ini sudah tahu hala tuju. Waroeng Kopi Pojok 77 di Benut.
Keluar sahaja dari Tol Simpang Renggam menuju ke Benut, anda akan perasan waroeng ini bersebelahan Jalan Besar. Melalui maklumat di Facebook Page, tempat ini sering menjadi persinggahan geng-geng motor. Memang benar, apabila sampai disini banyak motor yang parking dihdapan waroeng ini.

Admin sampai di waroeng ini, tetapi terlalu ramai orang sehingga tiada tempat duduk. Jadi ambil keputusan jntuk tapau sahaja lah. Di pondok utama ada bar station untuk pelanggan menikmatk kopi. Kopi kampung yang telah siap disejukkan boleh diambil di chiller. Kopi O dan Kopi.

Ruang station depan juga menempatkan kuih-muih serta nasi lemak bungkus untuk dinikmati bersama kopi.
Speciality kopi disini dibuat melalui teknik drip v60 ataupun boleh memesan espresso. Kerana terlalu ramai orang tidak dapat interview lama-lama. Apa yang dinyatakan disini hanyalah pemerhatian admin.

Biji kopi adalah jenis single origin medium to dark roast dan kebanyakan berasal dari Indonesia

Kopi O dan Kopi Ais yang telah siap dibotolkan masing-masing berharga RM3 dan RM5. Memang kaw betul rasanya. Memang tak boleh tidur malam kalau dah kena. Power!

🔖 Waroeng Kopi Pojok 77 (Waze)
📍 77, Jalan Besar Benut, Benut, Pontian, Johor
☕ Wajib Order – Kopi Kampung, Kopi Drip
⏱️ 5PM – 12AM (Isnin TUTUP)

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.