Sepetang di Kota Tinggi apabila melepaskan rindu makan di Pak Ngah Nasi Ayam Madu. Sudah menjadi regular customer pula. Pencarian kopi untuk minum petang diteruskan, dan akhirnya mendapat jackpot. Pondok RINDU Kampung Lounge Cafe Bar terletak di Felda Simpang Waha, Kota Tinggi. Ye Felda, ada cafe yang menjual kopi bru dan premium.
Melalui FB, Pondok RINDU Kampung Lounge Cafe Bar telah dibuka pada jam 3 petang, tetapi kami tiba 3.40PM. Alamak masih tutup. Hantar askar-askar untuk memberi salam dan akhirnya tuan rumah, eh tuan kedai keluar menyambut kami sekeluarga. Siap offer lagi parking kereta dalam kawasan rumah.
Abang Idi, tuan rumah memang sangat peramah dan sentiasa bercerita tentang kopi dan cafe yang baru dimulakan dalam tahun lepas. Setiap hari ada sahaja idea untuk mencantikkan lagi cafe dan ada juga perancangan yang telah disusun untuk masa akan datang. Nak tahu, kenalah berborak dengan Abang Idi sendiri nanti.
Biji kopi yang digunakan adalah arabica dan robusta single origin dari Indonesia medium to dark roast. Manakala biji kopi Liberica didapati secara lokal dari Johor dan juga Perak. Terdapat juga kopi hailam dari Liberica tetapi dark roast dicampur dengan butter untuk rasa lemak after taste.
Admin suka setting environment yang cuba dibawa oleh Abang Idi. Relaks, tenang dan ada sedikit touch retro. Lagu yang korang akan dengan memang keroncong dan jazz sahaja, semacam naik mood dia. Borak punya borak, sekali Abang Idi senyap-senyap keluarkan kopi zakat dia. Fuh terbaik la. Korang kalau dapat kopi zakat ni kira mantap la.