Asam Pedas Askar Pencen Muar terletak di kawasan perindustrian Tanjung Agas. Lepas jambatan Muar. Kalau korang ada di Muar bolehla mencuba asam pedas disini

Admin berkesempatan mencuba Asam Pedas Pari, Asam Pedas Tetel dan Asam Pedas Telur Ikan Tenggiri. Agak lewat juga sampai dan kebanyakan lauk-pauk sayur banyak yang kehabisan. Ikan-ikan lain juga banyak yang habis, ada jenahak, merah dan kepala ikan merah. Sayang hanya ikan pari sahaja yang ada

Memang mantol betul asam pedas tetel. Kuah asam pedas tidak terlalu rasa masamnya tetapi cukup sampai dan rasa pedas tu memang sampai. Boleh hirup tau. Siapa hirup kuah asam pedas kita geng. Telur ikan tenggiri tidak perlu lahi digambarkan. Admin lebih gemar telur ikan tenggiri serbanding telur ikan mayong. Ikan pari pula potongan yang agak besardan lebut isinya

Harga disini agak berpatutan, apa yang ada di dalam gambar itu dalam lingkungan RM 30 lebih sahaja. Berbaloi.

– Asam Pedas Askar Pencen (Waze)
– Kawasan Perindustrian Tanjung Agas, 84000 Muar, Johor
– Wajib Order – Asam Pedas Tetel

– 11AM – 5PM (Dibuka setiap hari , Sebulan sehari TUTUP)

– 012 310 8420

Leave a comment

Leave a Reply Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.