[Reviu 1 Minit]

Hi semua. Melalui siri ini, admin akan reviu makanan dari restoran makan segera (fast food) bila mana ada sahaja menu baharu yang dikeluarkan. Pada permulaaan hanya berbentuk pos sahaja, akan datang dalam bentuk video.

𝗭𝗲𝗿𝗼 𝗖𝗵𝗶𝗰𝗸𝗲𝗻 𝗕𝘂𝗿𝗴𝗲𝗿

Sempat juga beli #zerochickenburger ini setelah dapat keluar selepas maghrib tadi. Beratur drive-thru agak panjang. Dalam 20 minit juga proses membeli, bayar, pandu laju balik rumah.

Ok, so apa 𝗭𝗲𝗿𝗼 𝗖𝗵𝗶𝗰𝗸𝗲𝗻 𝗕𝘂𝗿𝗴𝗲𝗿 ni? Ianya plant based burger bagi yang tak makan daging atau ayam. Gimik yang menarik untuk orang ramai cuba. Nampak di twitter dan facebook penuh hendak mencuba.

𝗭𝗲𝗿𝗼 𝗖𝗵𝗶𝗰𝗸𝗲𝗻 𝗕𝘂𝗿𝗴𝗲𝗿 didatangkan dengan bun biasa, patty ‘ayam’ dengan sos bbq dan mayonis serta salad. Patty ‘ayam’ bukan bentuk bulat atau petak tetapi sedikit lonjong. First time makan rempah rahsia yang 11 th macam kuranglah, tak kene. Patty ayam tu gak terasa sangat ‘ayamnya’. Tapi tak pula rasa soyanya. Balance la.

Sos bbq dengan mayonis dia memang kena. Rasa macam makan colonel burger tapi ada sos bbq. So overall

Rasa : 7.5/10
Tekstur : 8/10
Gimik : 10/10

Overall : 7/10

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.