Pada Khamis 1 April 2021, team Johor Bahru Food CLub telah dijemput oleh Mr Joshua dari Thistle Johor Bahru untuk memperlihatkan dan review Selera Malaysia Ramadhan Buffet Dinner yang akan berlangsung pada 13 April sehingga 12 May 2021.
Terdapat hampir lebih dari 200 menu hidangan yang akan disediakan oleh pihak Thistle dengan 5 rotasi menu. Antara menu yang menjadi sebutan pada tahun ini ialah Lapan Kawah yang antaranya meghidangkan Asam Pedas Ikan Merah, Gulai Patin Tempoyak, serta Gulai Kawah Daging Salai. Rencah Timur Tengah yang pastinya menawarkan Nasi Beryani Gham dan Kambing Kuzi. Western Corner pula menawarkan BBQ Beef Brisket, Grilled Lamb Chop, BBQ Chicken Wing (Black Pepper Sauce, BBQ Sauce, Mint Sauce). Bakar-Bakar menhidangkan shellout, sotong percik seri begawan, satay, udang teluer masin
Tradisi Ramadahan pastinya terdapat lemang, ketupat, palas, masak lodeh dan serunding manakala Salam Aneka Johor menyajikan Soto Ayam Parit Raja dan Mee Bandung Muar. Durina goreng istimewa, pulut serawa durian, serimuka durian, kuih ketayap durian dan duriam cream puff tersenarai dalam Durian Delights
Sepanjang Selera Malaysia Buffet Dinner, pengunjung juga akan akan menikmati persembahan dari pemain violin Aqmal Daniel.
Sempena bulan puasa tahun ini, Thistle Johor Bahru menyajikan makan malam bufet Selera Malaysia! Pelbagai hidangan untuk dinikmati dengan hidangan kegemaran rakyat Malaysia dari Kambing Kuzi, Kari Kepala Ikan Bertairu, Nasi Briyani Gham, Rendang Ayam Kampung ke makanan istimewa seperti Rendang Rusa, Ayam Opor Maharani dan Talapia Goreng Masak Sambal Belado dilengkapi dengan Pecal Jawa dan pelbagai Durian Delights!
Voucher awal dijual pada harga RM98 bersih setiap dewasa dan RM48 bersih setiap kanak-kanak. Cepat dan beli sebelum 12 April 2021 selagi stok masih ada!