Categories
JBFoodClub

Nescafe Gula Melaka, gabungan nescafe classic dan gula melaka

Hari ini secara rasminya Nescafe memperkenalkan satu lagi perisa kopi dalam tin yang baharu. Nescafe Gula Melaka.

 

Buat masa ini, terhad dijual di seluruh rangkaian 7-Eleven. Harga pengenalan RM 2.80 sebotol (240ml). Promosi 2 botol pada harga RM 2.50/sebotol.

Admin sempat keluar sebentar dan terus ke 7-Eleven berdekatan kawasan rumah. Sampai dikaunter, adik berkata “baru je sampai bang, sedap ke?”. Tak tahu dik. Nescafe bukannya sponsor Admin. Hehe

Taste note

Kopinya agak standard tetapi rasa gula melaka itu ada pada keseluruhannya. Tidak hanya pada hujung-hujung. Rasa gula melaka walaupun agak kuat tapi tidak terlalu manis. Sesuai diminum sejuk-sejuk.

Rumusannya, boleh dikatakan Nescafe Gula Melaka seimbang rasa kopi dan gula melaka.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.