Sudah lama Admin tidak membuat review makanan goreng-goreng. Rabu lepas keluar sebentar ke area Tesco Mutiara Rini, ada deretan gerai yang menjual makanan di sepanjang jalan menghadap Honda Service Centre.

Gerai Nasi Goreng Tumbuk Berapi dan Raira Mee Gireng Ala Mamak yang mencuri tumpuan. Ada orang share di facebook kalau tak silap Admin tentang kedua-dua gerai ini. Selaku Admin yang adil, Admin memberli 2 bungkus nasi goreng (udang dan sotong, ayam habis) dan 2 bungkus mee goreng daging. Semuanya berharga RM 8 sebungkus.

Cepat betul siap semuanya, tak sampai 10 minit. Balik rumah terus melantak. Memang sedap. Nasi goreng tumbuk berapi memang pedas dan terasa. Rasa pedas tu buat kita nak suap lagi dan lagi. Berbaloi dengan harga RM 8 kerana dapat udang yang agak besar dan sotong yang banyak.

Mee goreng daging pula banyak rencah dagingnya. Memang style mamak, basah-basah sikit dengan telur tu. Rasa tak puas pula beli 2 bungkus sahaja.

Gerai dibuka setiap hari dari jam tengahari sehingga 7 malam.

 

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.