Mencari kelainan waktu makan tengahari di Johor Bahru selain daripada nasi padang, ayam penyet, Nasi Kandar sudah mula sinonim semenjak 2 tahun kebelakangan ini. Nasi Kandaq Talam antara juadah yang patut dicuba!

Memandangkan admin, order time ini adalah waktu PKP 3.0 Fasa 1, dine-in masih lagi tidak dibenarkan. Cuba bayangkan makan nasi kandar atas pinggan. pergh… Tapi sudah menjadi kebiasaan hanya dapat membungkus sahaja buat masa itu. Sepertimana biasa, jika boleh makan di restoran kita akan hanya tunjuk-tunjuk sahaja untuk memilih makanan apa yang kita hendak. Dengan kekangan ini, Nasi Kandaq Talam telah membuat set-set yang mudah bagi pelanggan memilih lauk-lauk yang utama, serta lauk-lauk tambahan.

Terdapat 3 set utama yang berpandukan pada harga sahaja iaitu

Set A : RM 10.90 – Pilihan Ayam atau Daging
Set B : RM 12.90 – Pilihan Ikan atau Kambing
Set C : RM 20.90 – Set Sotong Masala

admin, memilih set ayam bawang dan daging, serta lauk tambahan favorite iaitu telur sotong. Syahdu.

Walaupun admin bukannya peminat nasi kandar, tapi Nasi Kandaq Talam kali ini macam kena dengan selera admin. Tidak manis atau berlemak seperti nasi royale, dan kuah-kuah kandar nya, seperti kari, masak kicap, kurma, nampaknya lebih mesra dengan nasi biasa. Ayam Bawang dia memang mantul. Lain-lain lauk agak ok, dah telur sotong itu agak kurang pada awalnya, tetapi masih ok. Kuah-kuah campur pada nasi itu ada spot-spot yang tidak kena. admin tak kisah kalau kuahnya banyak.

– Nasi Kandaq Talam (Map)
– 64, Jalan Susur Tun Abdul Razak 1, Wadihana, 80100 Johor Bahru
– Wajib Order – Nasi Kandaq Talam Ayam Bawang

– 11AM – 7PM (Dibuka setiap hari , Jumaat TUTUP)

011 6310 7377

 

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.