Memang lambat betul nak update tempat makan legend ni. Warung Soto Madu 3 Skudai Kiri.

Simple. Jual soto sahaja berjaya menarik ramai peminat soto sekitar Johor Bahru. Terdapat 5 pilihan soto dengan pilihan nasi himpit, mee kuning dan mee hoon.

  • Kecil – RM 3
  • Biasa – RM 4
  • Special – RM 5
  • Double – RM 8
  • Triple – RM 11

Beza special dengan biasa adalah pilihan ayam dengan tulang. Disarankan datang awal pagi kerana ianya cepat habis dan dengan keadaan Fasa Pelan Pemulihan Negara, penjarakkan dan SOP perlu dipatuhi.

Soto disini berasa sedikit manis berbanding soto-soto yang pernah Admin makan selama ini. Kuah supnya jenis clear, tiada camuran santan seperti jenis soto madura. Memang wajib dibilas dengan sambal kicap. Kalau tak cukup, boleh mintak sambal kicap lebih.

Tips, cuba try order Triple Kahwin, cuba tengok apa owner kasi nanti!

Facebook


Waktu Perniagaan – Selasa – Ahad (Isnin cuti)

7 pagi hingga habis
01129995774

Leave a comment

Leave a Reply Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.