Korang masih tercari-tercari nak jalan mana hujung minggu ini? Meh admin suggest kat korang untuk pergi event XPERIA 2021 by EduCity Iskandar.

Berlangsung selama 3 hari bermula 3 Dis hingga 5 Dis, di EduCity Sports Complex, terdapat 3 acara utama

Education & Career Fair

Terokai pelbagai penawaran program dari peringkat sekolah sehingga pengajian tinggi. Seminar kerjaya juga diadakan disamping menawarkan peluang pekerjaan.

Kids@Xperia

Bawa anak kecil anda untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan secara percuma dan  berpeluang memenangi hadiah yang menarik!

MaQan Space

Hampir 10 Food Truck dan lebih 20 gerai makanan ‘pop-up’ memeriahkan event kali ini. Dari Lontong Goreng Kampung dari Kaloori Truck, Ayam Goreng Muiz yang glamer, Nasi Ayam Gepuk dari Dapoq Campoq dan bermacam-macam lagi.

Chillax Market

Pelbagai barangan tempatan ditawarkan di Chillax Market antaranya Kek & Pastri, Aksesori, Seni & Kraftangan dan Pakaian! Jom support usahawan tempatan dengan membeli barangan mereka!

Untuk ke event ini, korang kena lalu pintu gerbang utama EduCity bersebelahan McDonalds

Paling best event kali ini ada Hot Balloon macam kat Putrajaya tu, ada sesi Sunrise dan Sunset dengan harga RM50 per/pax

Peringatan mesra admin. Sila jaga SOP, pastikan jarak selamat dan sentiasa memakai pelitup mulut.

#xperia2021 #educityiskandar #iskandarputeri #omjfest2021 #festivalorangmudajohor

 

Join the Conversation

1 Comment

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.