Menerima undangan dari Imipiana Hotel Senai bagi acara Citarasa Muhibbah Buffet preview yang akan diadakan pada 4 April 2022 hingga 31 April 2022. Selama dua tahun menerima undangan tetapi tidak dapat dioenuhi kerana banyak acara bertembung pada tarikh yang sama. Hanya menghantar wakil.
Peluang kali ini dapat dipenuhi dengan jemputan dari wakil media yang lain serta client-client dari Impiana Hotel Senai.
Seleksi makanan yang boleh dikatakan fokus pada tema masakan kampung seperti Nasi Minyak, Bubur Lambuk, Mee Rebus, Gado-gado, Sup Tulang, Bakso.
Senarai panggangan seperti kambing, ayam, udang, kupang antara menjadi rebutan. Admin rasa untuk bahagian makanan laut memang Impiana Hotel Senai punya masakan yang sedap dan menarik. Kupang bakar dan kupang berlado memang berhantu.
Daging Salai Percik • Kerabu Berulam • Satay • Udang Sambal Petai • Ikan Sambal Bajak • Kepala Ikan Asam Pedas • Daging Rendang • Ketam Masak Lemak • Kupang Bercili • Daging Masak Rose • Ayam Panggang Nasi Minyak • Ayam Masak Itam and more!