Selepas bulan Ramadan yang penuh dengan buffet berbuka puasa, Abang cuba mencari hotel yang menyediakan lunch buffet yang harganya boleh dengar la. Setelah mencari seharian dengan bajet yang dalam RM40 ke bawah dan akhirnya terjumpa dengan All You Can Eat Lunch Buffet Impiana Hotel Senai.
Sebenarnya promosi ini adalah antara yang menjadi tradisi Impiana Hotel Senai sejak ianya mula bertapak di bumi Johor pada tahun 2017/2018. Pastinya menu berubah setiap hari tetapi pada hari Abang sampai, antara menu utama makanan tengahari ialah, Paru Masak Kari, Ayam Kurma, Lala Masak Apa Tah Lupe, Sayur, Kuey Tiaw dan Nasi Putih.
Menu utama yang lain ada seperti Mee Bandung, Sup Jernih. Aneka Sayuran Tempura, Gado/Gado ada seperti biasa. Termasuk juga pencuci mulut dengan aneka jeli, kuih dan pelbagai lagi.
So bagaimana? Berbaloi ke RM 30? Pada Abang tidak menepati citarasa dengan bayaran RM30. Seleksi makanan tidak banyak, yelah mungkin orang cakap “bayar 30 nak macam2”, tapi kalau ada tambah 2 atau 3 lagi hidangan mungkin Abang rasa ok dah. Air dia kasi ais kosong hirisan lemon je. Kasi la air kordial warna merah ke oren ke. Lunch buffet ni selalunya kita bawak famili kan, dapat kasi aiskrim ke sedap sikit hati. Dari segi rasa tu memang semua makanan sedap. Memang sedap, cuma seleksi makanan tu tak banyak., Itu je
Dewasa RM 30 / Kanak-kanak RM14
Hujung Minggu (Sabtu – Ahad)
Dewasa RM 38 / Kanak-kanak RM16
+60 16-713 4590