Ya, cafe ini menjual Burger Nasi Lemak yang satu-satunya ada di Johor Bahru, atau mungkin di seluruh Johor.

Kepingan ayam goreng, berserta sambal nasi lemak yang marvellous dan tak lupa telur goreng diapit dengan roti  burger, fuhh makan panas-panas memang terus nak order lagi satu. Kombinasi yang simple tetapi rasa ‘umami’ apabila digabungkan menjadi set burger yang unik.

Selain Buger Nasi Lemak, menu lain seperti Nasi Lemak Daging Palembang, Nasi Lemak Ayam Rendand dan Mee Kari juga ada dijual seperti biasa.

Terdapat juga coffee untuk peminat coffee. Signature latte ialah Notty Nutella dan non-coffee ada seperti Chocolate dan juga Matcha.

Terletak di Jalan Skudai bertentangan bangunan lama Majlis Bandaraya Islandar Puteri. Terdapat banyak ruang tempat letak kereta di belakang.

A la carte – RM 10.90

Combo (berserta fries dan Ice Latte) – RM 18.90

📍Dapo Mokcik Kopi Pokcik

📅 Sabtu – Khamis (Jumaat Tutup)

⏰ 9 pagi – 7 petang

 

 

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.