Sebenarnya dari bulan puasa haritu nak promote gerai ni, tetapi terlupa saja. So Abang nak update hari ini dan kongsikan tempat makanan western yang sedap hanya di tepi jalan sahaja!
Western Food by Ireland Chef ni terletak di Pulai Emas, senang je nak cari. Cuma Abang tak jumpa lagi akaun sosial media. Kalau ada sesiapa tahu, contact Abang eh. Senang nak promote.
Harga bagi setiap menu memang berpatutan. Kena dengan harganya dan kualitinya. Untuk fried chicken chop dan fish and chip memang guna breadcrumb biasa sahaja. Tapi gravy dia sebenarnya yang melengkapkan rasa full tu.
Abang haritu (dah 2 kali datang) Lamb Chop, Chicken Chop, Fish and Chip, Spaghetti Carbonara dan Mushroom Soup with Garlic Bread. Semua sedap dan licin kitorang bedal. Paling best Ireland Chef ni buat kerja sorang je tapi servis tip top! Laju!
Korang google/waze Western Food Pulai, nanti korang jumpa la.
📍 Western Food Pulai (bersebelahan Restoran Ehsan Jaya)
⏰ 4.30 petang – 12.00 malam setiap hari