Jumaat lepas Abang berpeluang untuk review satu tempat makanan di Muar.

Macam tak percaya yang makanan yang presentation ala2 hotel dan fine dining ni terletak di dalam kawasan kolam pancing!

Diusahakan oleh anak muda yang mempunyai pengalaman 9 tahun di Singapura dalam bidang kulinari ini dapat menterjemahkan hasil di Pastado by MF Kitchen .

Serius Abang cakap memang korang takkan xpax menu-menu yang di tawarkan.

Mula2 Abang order cheesecake, fuhh sedap giler. Abang tanyalah ni bukan baked kan? Sekali Abang salah, baked cheescake rupanya. Alah korang bukan tahu pon kalau Abang kelentong.

Pastu Sirloin steak dia, perghh, dimasak medium dengan perfect sekali. Yelah, kadang-kadang ada kedai kasi well done, takpun Congratulations.

Satu bende yang Abang kene tepuk tangan perlahan2 sambil berdiri ialah gravy dia. Sesuai makan dengan ayam dan daging. Kene kene kene bak kat shuib.

Korang juga patutu try Bufallo wings dia. Anak Abang je belasah 7 sekali hadap.

Harga dia berpatutan dan kene la dengan apa yang korang order tu. Dan pasti tidak menghampakan

Terletak di Parit Sakai Laut, Muar; Firdaus selaku owner bertegas dan yakin pemilihan tempat sekarang adalah yang terbaik.

Abang kasi 4.5 bintang dari 5 bintang. Memang Abang akan ke sini lagi bila ada peluang.

MF Kitchen by Pastado

Buka setiap hari, Rabu Tutup

5 petang hingga 12 malam

Leave a comment

Leave a Reply Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.