Akhirnya dapat juga Abang review hidangan Amerika Selatan di Heats At Cove yang terletak di Puteri Harbour, Nusajaya.

Korang tahukan makanan macam tacos, fajitas, empanada semua tu memang hidangan daripada Amerika Selatan seperti Mexico, Brazil dan lain-lain.

Hidangan pertama adalah dari siri Tex-Mex. Aduh apa Tex-Mex tu? Itu adalah gabungan atau fusion food dari Texan dan Mexican yang di ilhamkan dari masyarakat Tejano di Texas. Tacos set terdiri dari 3 jenis, daging, ayam dan udang. Sedap woo… Gabungan tacos yang keras dan lembut dengan sos sour cream dan salsa memang lengkap.

Empanada atau karipap dia lembut dengan isi ayam yang penuh, takde oksigen okay! dengan hidangan tex-mex , chicken fajitas. Ayam grill di masak bersama capsicum dan bawang serta herba memang segar dan terasa sihat.

Main dish Abang dapat Moqueca, nasi yang dimasak dengan tomato serta santan ala stew. Macam paella tapi lain tapi sedap. Keduanya Abang dapat makan Braised Short Ribs, tulang selangka yang dipanggang sedap betul sos black pepper. New Zealand Lamb Ribs dia memang padu. Last Sekali Pollo A Ala Brasa, ayam panggang yang crispy di luar dan juicy isinya.

Tempat Senang Jumpa – 5

Environment Best – 4

Minuman Sedap – 4

Makanan Sedap – 4.5

📍Heats At Cove

🏛️ LG2-29, RESIDENSI TELUK PUTERI
JALAN TANJUNG, PUTERI
HARBOUR 79000, 
ISKANDAR PUTERI, JOHOR

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.