Ok ni fresh. Abang ngan Kakak kau baru discover tempat ni. Memang benar, baru je 3 hari berniaga.

 

Nama tempat ni Teko. Perniagaan dalam rumah di Kempas kawasan Permatang. Tak susah sangat nak jumpa tapi kalau bukan dak jb ni kira susah jugak la.

 

Ada nasi lemak, lempeng, soto dan roti bakar. Abang order nasi lemak telur rebus, dapat suku je sebab dah habis nasi nya. Kakak kau order roti bakar telur separuh masak, roti tenggek sardin. Sedap oo. Nasi lemak Abang kasi 3.8 ⭐. Roti bakar sardin pon 4 ⭐.

 

Air kena la order special dia kan, Kopi Special Teko ngan Teh O dalam Teko. Kopinya sedap. Kalau kaw lagi, lagilah sedap. Abang kasi 4 ⭐ untuk kopinya. Teh O nya kira biasa-biasalah kan tapi uniknya dia letak dalam teko dan dapat 2 cawan reko tu. Boleh minum la 4 kali.

 

Tempat Senang Jumpa – 3.5

Environment Best – 4.5

Minuman Sedap – 4

Makanan Sedap – 4

 

Korang google Tadika Al-Hawi Permatang untuk ke sini.

 

🏛️ Teko – Teh & Kopi

📍 Lot 1085 A, Jalan Permatang 3, Kempas Baru

⏰ 7 pagi – 12 tengahari – Sarapan

⏰ 3 petang – 5.30 petang – Cicipan

FB https://www.facebook.com/profile.php?id=100069845361495&mibextid=ZbWKwL

 

 

 

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.