Kali ini Abang dipanggil untuk review satu lagi cafe bar di Puteri Harbour yang menyediakan makanan Jepun Teppanyaki.
Kyoo 1945 Cove
Menyajikan masakan jepun teppanyaki, terdapat dua set yang boleh di cuba iaitu Gokenin berharga RM98 dan Hatamoto berharga RM138
Antara makan yang Abang boleh highlightkan untuk Starters ialah Chicken Gyoza macam dumpling tu. Lepas tu Chicken Karage ni biasakan korang dengar. Ada juga Salmon Salad, Salmon Sashimi, Salmon Teriyaki,Potato Salad dan Ebi Tempura. Untuk starter ni Abang bagi 3.5⭐
Bagi Teppanyaki set terdapat Mixed Grill Set, Mixed Seafood Set dan Garlic Fried Rice disertakan dengan sayur taugeh. Pada Abang masakan teppanyaki ni agak simple dan tidak terlalu teknikal untuk di describe. Hanya panggang dan di akhiri dengan butter dan kicap cair untuk deglaze. Jangan silap, ianya tetap sedap tapi tidak sampai tahap ada rasa umami tu. Dekat sini Abang bagi 3.5⭐
Dapat berborak dengan Chef sambil memasak ni mungkin antara kenapa konsep teppanyaki ni dekat dengan masyarakat Jepun. Abang cam biasa la mulut manis berbual, sampai dapat Chef masakkan Siakap Grill untuk Abang sorang je. Terbaik la Chef Amir!
Hanya ada dua kitchen station dan boleh memuatkan hampir 50 orang dalam satu-satu masa, boleh dikategorikan sebagai tempat makan yang santai. Terima kasih Kyoo 1945 Cove memberi peluang Abang mendalami lagi masakan Jepun.
Tempat Senang Jumpa – 5
Environment Best – 5
Minuman Sedap – 4
Makan Sedap – 3.5
FB – https://fb.me/Kyoo1945.cove
Instagram – https://instagr.am/kyoo1945.cove
OPEN DAILY
12PM-3PM (LAST ORDER: 2.30PM)
6PM-12AM (LAST ORDER: 11PM)
LG2-30, Residensi Teluk Puteri Jalan Tanjung,
Puteri Harbour, Iskandar Puteri 79000, Johor.