Fresh. Mat Rock Ayam Goreng Kunyit yang glamer kat KL tu dah bukak kat sini, Taman Universiti.
Tagline dia ‘Makan Sampai Berpeluh’.
Baru seminggu beroperasi, nampak masih belum ada crowd tapi still penuh juga la.
Menu simple, ada ayam goreng kunyit, daging goreng kunyit, sotong goreng kunyit dan udang goreng kunyit.
Untuk Abang rasa semua sekali, mahu rabak poket 🤭, so nasib dia ada buat set +2, boleh pilih dua lauk, puas sikit makan. So Abang amik daging dan udang, Kakak kau amik ayam dan sotong.
Ini review Abang.
Semua gorengan kunyit dia bolehla sedap, portion banyak, betul banyak. Perapan kunyit dia macam ada tawar sikit.
Sambal dia tu pedas, confirm pedas, Kakak kau yang kuat pedas pon akui memang pedas, tapi macam takde kick, Abang rasa macam kurang cuka dia.
Sup dia plain. Itu je.
Abang bagi keseluruhan 3.8 ⭐. Ni Abang punya review ye, tekak korang mungkin lain.
Tempat Senang Jumpa – 5
Environment Best – 3
Minuman Sedap – 3.5
Makan Sedap – 3.8
📍Mat Rock Ayam Goreng Kunyit
🏠 8, Jalan Pendidikan 8/1, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor
📅 Buka setiap hari
⏰ 11 pagi – 10 malam
Dah pedas-pedas tu kene jaga poket https://invle.co/clgu9ok