Restoran Bara Stulang JB memperkenalkan bufet makan malam bertemakan ‘Seafood Buffet Santapan Bara’ yang menawarkan hidangan tradisional dengan campuran masakan Asia yang menampilkan makanan laut segar.
 
Abang kena bagitahu ini lah buffet yang sebenar! Makanan tak banyak sangat pilihan dengan harga yang berpatutan! Kalau korang penggemar seafood dan bakar-bakar memang ini bukan lagi salah pilihan, yang salahnya korang yang tak pergi.
 
Chilli Crab ketam bangkang tu memang sedap, kalau ada mantou lagi sedap dapat seret kuah dalam pinggan. Kambing golek yang dibakar memang marvellous, takde kuah mushroom ke blackpepper ke, dia pakai kuah tersendiri, pedas-pedas masam yang potong bakar-bakar tu.
 
Restoran Bara Stulang JB menawarkan hidangan seperti Udang Masak Lemak, Siput Sedut Masak Lada Hitam, Kupang Stim Halia, Sotong Masak Sambal, Ayam Goreng Berempah, Stu Daging, Rendang Ayam, Kambing Golek, ikan bakar yang dihidangkan bersama sambal resipi istimewa, pelbagai jenis nasi, Kuih Melayu, pencuci mulut, dan tujuh jenis air balang.
 
Pelanggan disarankan untuk membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan kerana tempat duduk adalah terhad. Restoran Bara Stulang JB terletak berhadapan Stulang Laut Johor Bahru, dengan ruang solat disediakan sepanjang bulan Ramadan.
 
Seafood Buffet Santapan Bara @ Bara Stulang JB
🗓 24 Mac – 22 April 2023
⏰ 7:00pm hingga 9:30pm
☎️ 014 – 722 4205 (Eixal) 017 – 755 2049 (Whatsapp)

Leave a comment

Leave a Reply Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.