Abang jalan jauh sikit, ke Mersing.

 

Asal Mersing je mesti orang cari keropok lekor. Abang ada satu port keropok lekor yang tenang je tapi sedap bila makan panas ataupun dah sejuk. Tapi tu nantilah Abang share.

 

Sekarang ni Abang nak share port makan tersembunyi yang pasti ramai tak tahu lagi. Abang dah makan puas so Abang berani la nak share. 😅

 

Nama tempat ni Asam Pedas Kak Bedah terletak kat Teluk Buih. Korang takkan sesat punya, sebab mema

ng ada satu kedai je kat sini.

 

Kalau asam pedas ni, korang kenalah pergi awal supaya korang dapatlah nak makan kepala ke, boleh je pilih apa bahagian korang nak.

 

Haritu masa Abang datang, ada ikan jenahak dan kaci. Power! Abang amik 2 potong jenahak, 2 potong kaci, 1 kaci goreng kunyit, 1 ayam goreng.

 

Damage RM50+.

 

Verdict, puas hati, ikan fresh. Kuah asam pedas tak larung semua. Ada yang cair m biasa kita boleh hirup kuah dia, dan ada yang jenis pekat macam ala-ala sambal. Sedap, puas hati.

 

Tempat Senang Jumpa – 5

Environment Best – 4

Minuman Sedap – 3

Makanan Sedap 4.7

📍 : Teluk Buih, Mersing

🍽 : Asam Pedas Kak Bedah

📞 : –

🕰 : 7 pagi sampai 3 petang. Jumaat tutup

Alamat : Jln Teluk Buih, 86800, Johor

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.